PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM8.00 RM10.90
SAJAK AMIN
Price RM8.00 RM10.90
Product SKU NIAM01
Brand ANA MUSLIM BOOKS
Size (L x W x H) 17 cm x 11.4 cm x 0 cm
Availability 5
Quantity
Description
Highlight
  • Format: Paperback
  • Saiz: 11.4 x 17 cm
  • Jumlah Muka Surat : 144
  • Warna : 1 warna
  • Bahasa : Bahasa Melayu

Siri Novel Islami Ana Muslim - Sajak Amin

 

“ aku di sini sering membingitkan aku di sini sering merungsingkan aku di sini sering memeritkan semua yang memandang melihat benci kepadaku semua yang melihat mengatakan perasaan marah kepadaku tetapi aku tetap aku aku ingin menjadi penghibur bukan pengacau aku ingin menjadi penyenang bukan perungsing tetapi ceriaku mengundang marah kepada mereka...”

Kesusahan dan kesepian hidup yang dirasai oleh Amin bersama ibunya yang kurang pendengaran menjadikan dia seorang kanak-kanak yang nakal. Dia sering melakukan sesuatu untuk mencari keseronokan, sekaligus menghiburkan dirinya dan teman-teman. Namun begitu, caranya sering membawa kekecohan di sekolah dan mengundang kemarahan Cikgu Salina, guru kelasnya yang tegas dan garang. Cikgu Salina menganggap Amin sebagai seorang budak kampung yang selekeh, kotor, nakal dan pemalas. Hakikatnya, di sebalik kenakalan Amin ada sesuatu yang tersembunyi di hatinya. Dan segala rasa yang tersembunyi itu satu persatu dibariskan dalam sebuah sajak. Apakah sebenarnya perkara yang membelenggu diri Amin? Mampukah sajak itu merubah tanggapan Cikgu Salina terhadapnya?

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews