PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM10.90
FANTASI LIA
Price RM10.90
Product SKU FANTASI_LIA
Size (L x W x H) 17 cm x 11.4 cm x 1 cm
Availability 11
Quantity
Description
Highlight

Spesifikasi
• 11.4 x 17 cm
• 128 ms
• 2 warna
• Paperback
• Bahasa Melayu

Noraida Shuhaimi (Penulis)

 

 

Siri Novel Ana Muslim - Fantasi Lia

 

Alia merupakan seorang kanak-kanak yang ceria, peramah, dan manja tetapi degil. Sebagai anak sulung daripada empat beradik, Alia sering berasa tertekan kerana dia terpaksa memikul tanggungjawab menjaga adik-adiknya yang membuatkan dia mula membenci kehidupannya. Pertemuannya dengan seorang teman yang menceritakan tentang Puteri Semalu membuatkan dia mula mencipta fantasi dalam dirinya. Alia kerap berbual dengan Puteri Semalu yang hanya muncul dalam khayalannya. Hal ini membuatkan rakan-rakannya menganggap Alia tidak waras kerana sering bercakap seorang diri. Kawan baiknya Natasya dan Sarah mula bimbang akan perubahan diri Alia, lebih-lebih lagi apabila Alia menyatakan mahu meninggalkan keluarganya dan mengikut Puteri Semalu. Lantas kawan-kawannya mengambil tindakan memberitahu Cikgu Faridah, guru kelas mereka. Cikgu Faridah telah membuat perancangan untuk membantu Alia untuk keluar dari fantasinya ketika ‘Kem Motivasi’ yang dianjurkan pihak sekolah. Apakah yang akan Cikgu Faridah lakukan? Adakah Alia berjaya keluar dari dunia fantasinya?

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x BUKU FANTASI LIA