PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM30.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM10.90
Aku Bess! | Ana Muslim | Novel | Kanak-kanak 10-14 Tahun
Price RM10.90
Product SKU NVAM44
Brand ANA MUSLIM BOOKS
Size (L x W x H) 17 cm x 11.4 cm x 1 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight

• 11.4 x 17 x 1 cm (0.1 kg)

• 1 warna

• Kulit lembut

• Bahasa Malaysia

INFO / SINOPSIS

Siri Novel Ana Muslim - Aku Bess!

 

"Ah, tak kisahlah! Sekurang-kurangnya bila bersama mereka, saya tidak diejek lagi! Saya dah bosan tau asyik diherdik kerana badan saya yang besar ini!” Bess semakin geram. “Itulah awak, Bess... Selalu tak bersyukur. Sebaliknya, awak gunakan alasan diri awak tu besar untuk berasa rendah diri!” balas Zizie.

 

*************

 

Nur Habesah atau nama manjanya, Bess, ialah seorang remaja berusia 14 tahun. Kerana tubuh badannya yang besar, dia sering diejek oleh para pelajar lain. Hal ini menyebabkan Bess kurang keyakinan diri. Malah, tiada sesiapa yang sudi berkawan dengannya kecuali Zizie, rakan sekelas yang setia bersamanya di saat susah dan senang. Di sekolah, Bess turut menjadi mangsa buli pelajar-pelajar nakal, termasuklah tiga orang pelajar senior popular yang diketuai oleh Zana. Namun disebabkan satu insiden, Zana mula berbaik dengan Bess. Bess yang sudah bosan dengan nasibnya yang sentiasa menjadi bahan ejekan akhirnya menyertai kumpulan Zana. Adakah Zana benar-benar ikhlas berkawan dengan Bess? Bagaimana pula dengan hubungan Bess dan sahabat karibnya, Zizie?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews