Price | RM10.90 |
Product SKU | NMAM01 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 21.6 cm x 15.2 cm x 1 cm |
Availability | Out Of Stock |
• 15.2 x 21.6 x 0.6 cm (0.2 kg)
• 4 warna
• 80 muka surat
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Siri Buku Cerita Nilai Murni Adik Muslim - Geng Pengawas Sekolah
Buku ini mengandungi dua buah cerita nilai murni untuk kanak-kanak bagi memupuk rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.
GENG PENGAWAS SEKOLAH
mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Siva dan Hakim. Mereka telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Siva dan Hakim ditugaskan untuk mengawal keadaan di kantin. Ketika mereka bertugas, terdapat beberapa murid yang melanggar peraturan. Apabila ditegur, murid tersebut akan melawan. Setelah beberapa hari, sesuatu yang pelik berlaku menyebabkan murid yang melanggar peraturan itu berubah sikap. Siva dan Hakim cuba menyiasat, apa yang berlaku kepada murid-murid tersebut. Berjayakah Siva dan Hakim menyelesaikan kes itu?
BERUSAHA, MARLIA!
mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Marlia yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Marlia telah menawarkan dirinya untuk mewakili kelas dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Namun, Puan Asma, guru Bahasa Inggeris di kelas Marlia berasa kurang yakin dengan kebolehan Marlia. Dia telah meminta Michelle untuk menyertai pertandingan bercerita itu juga. Ketika hari pertandingan, Marlia telah menangis. Apa yang berlaku sehinggakan Marlia menangis?