PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM8.90
KASIH ANTARA KITA
Price RM8.90
Product SKU KASIH ANTARA KITA
Availability Out Of Stock
Description

Siri Novel Ana Muslim - Kasih Antara Kita

 

“Kalau Atul masih marah pada saya, saya minta maaf. Saya cuma tak nak Atul berterusan buat perkara yang salah,” kata Maisarah lagi sambil kakinya berterusan mengekori Rabiatul.

Rabiatul menoleh ke belakang. Matanya begitu tajam memandang Maisarah.

“Maisarah, awak dengar sini baik-baik. Saya tak pernah minta mama saya mengambil anak angkat. Saya tak pernah mengimpikan hidup ada adik-beradik yang lain. Selama ini apa yang saya lakukan, tak ada sesiapa yang peduli. Jadi tolong jangan masuk campur hal saya!” kata Rabiatul, tegas.

 

************

 

Rabiatul seorang kanak-kanak yang lasak, ego, pentingkan diri sendiri, sombong, malas dan suka menyendiri. Sikapnya itu tidak disenangi oleh rakan-rakannya di sekolah. Rabiatul sering membawa masalah dan menimbulkan permusuhan dengan kawan-kawannya. Kehadiran Maisarah dalam keluarganya mengundang ketidakselesaan kepada Rabiatul. Dia tidak dapat menerima Maisarah. Di sekolah, mereka sekelas dan duduk bersebelahan. Suatu hari, Rabiatul terlibat dalam permasalahan dengan Fuad dan Amir. Lantas, dia merancang untuk

mengenakan mereka. Maisarah pula telah bertindak menasihati Rabiatul atas tindakan itu, tetapi Rabiatul tidak mengendahkannya. Sehinggalah sesuatu berlaku.

Apakah perkara yang berlaku? Adakah Rabiatul berjaya mengubah dirinya?

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews