PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM12.90
ADI WIRA BUKIT KIARA
Price RM12.90
Product SKU SFN01
Availability Out Of Stock
Description

Format: Paper back
Saiz: 4.5 x 7.25 in
Mukasurat: 196 Mukasurat
Warna: 1 warna
Bahasa: Bahasa Malaysia
ISBN: 978-967-4490-07-2
Penulis: Nur Shamsiah On

Siri Novel Ana Muslim - Adi Wira Bukit Kiara

Adi merupakan seorang murid berusia 11 tahun yang berbadan gempal dan suka menyendiri. Kerana perwatakannya itu, dia tidak punya ramai kawan di sekolah. Hanya Eu Jin, ‘saintis’ muda dan Jen Nie, si ‘mulut murai’ yang sudi berkawan dengannya. Keadaan bertambah parah apabila dia bertemu dengan Ghazi, jirannya yang sering membulinya! Suatu hari, satu kejadian misteri telah berlaku ke atas Adi. Tanpa dia sedari, kejadian itu telah memberinya kuasa luar biasa. Namun di sebalik kelebihan yang diperolehnya, ada pula pihak yang ingin merampas kuasa tersebut. Apakah yang membuatkan kuasa tersebut menjadi rebutan? Dapatkah Adi mempertahankan kuasanya sekali gus menjadi wira?

****************

“Bismillah. Lompatan Adi Wira!” Tanpa ada perasaan raguragu lagi, Adi melompat tinggi melepasi pagar tersebut. Kakinya seakan-akan ada spring halimunan! “Baiklah... Setakat ini, aku mampu melompat setinggi enam kaki!” kata Adi sambil berlari pergi. Seterusnya, dia menuju ke hujung padang. Rancangannya kali ini ialah untuk menguji masa dan kepantasannya mengelilingi padang itu. “Larian Adi Wira!” Adi mula berlari. Semakin lama dia berlari, kepantasannya semakin meningkat. Selimut yang dijadikan mantel, kini berterbangan di belakang.
 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews