Price | RM10.90 |
Product SKU | SJU02 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 22.86 cm x 15.24 cm x 1.5 cm |
Availability | Out Of Stock |
• 15.24 x 22.86 x 1.5 cm (0.2 kg)
• 2 warna
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Siri Soal Jawab Ustaz - Ustaz.. Saya Nak Tanya? Akidah 1
Kanak-kanak merupakan golongan yang peka dengan persekitarannya. Benda-benda yang dilihat atau didengarinya sering menjadi ikutan atau ditiru. Oleh yang demikian, sebagai orang dewasa, kita harus menjaga dan memerhati gerak-geri mereka agar apa yang mereka lakukan tidak terpesong dan melanggar larangan agama.
Kanak-kanak juga merupakan golongan yang suka bertanya. Kadang-kala perkara yang tidak terlintas di fikiran orang dewasa, akan menjadi intipati soalan. Sebagai orang yang lebih matang, kita harus memberi jawapan yang munasabah lebih-lebih lagi apabila ianya berkaitan dengan hal-hal agama.
Buku ini diterbitkan khusus untuk kanak-kanak malah juga sesuai dijadikan bahan rukukan ibu bapa dan guru-guru. Buku ini cuba menerangkan sebahagian daripada persoalan tentang akidah dalam bentuk yang mudah difahami. Mudah- mudahan buku ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.