PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM8.90
TIP MUDAH BELAJAR ANA MUSLIM
Price RM8.90
Product SKU TIP_MUDAH_BELAJAR_ANA_MUSLIM
Availability Out Of Stock
Description

Format: Paperback
Saiz: A5 (148 x 210mm)
ISBN: 978-967-4030-70-4
Jumlah Muka Surat : 120
Warna : 4 warna
Bahasa : Bahasa Malaysia
Penulis : Mohd Razali Kamarudin

 

TIP MUDAH BELAJAR ANA MUSLIM

 

Belajar adalah tugasan untuk manusia sepanjang hayatnya. Malangnya, hari ini ramai yang belajar kerana tuntutan peperiksaan, ingin mendapat keputusan yang 'gempak' dan tidak kurang juga sekadar ingin mengambil hati ibu bapa.

 

Anakku! Cuba engkau renungi waktu belajar, membaca, menulis, mengira, menghafal ayat-ayat al-Quran dan lain-lainnya dalam kelas. Bukankah pada mulanya engkau berasa segan untuk duduk terkurung dalam kelas? Bukankah engkau selalu ingin keluar bebas bermain dan enggan kepada gurumu? Tetapi sekarang engkau sudah tahu apakah maksud sabar belajar dan sudah mengerti bahawa gurumu itu sangat mengharapkan dan berusaha keras untuk kebahagiaanmu - al-Ghazali

 

Dalam proses pembelajaran, kegagalan dan kesulitan juga adalah sebahagian daripada elemen yang perlu dihadapi. Usah berdukacita dengan kegagalan dan kesulitan yang menimpa diri. Sesungguhnya orang yang berjaya dalam pelajaran ataupun kerjaya, adalah mereka yang berjaya menghadapi segala kesulitan dan kegagalan dengan cekal dan tabah.

 

Mudah-mudahan dengan izin-Nya, tip yang dikongsi bersama menerusi buku ini dapat memberi manfaat bersama.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews