Price | RM8.90 |
Product SKU | SPAK08 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 18 cm x 12.7 cm x 1 cm |
Availability | 300 |
Quantity |
|
• 14.8 x 21 x 0.5 cm (0.15 kg)
• 1 warna
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Siri Novel Pengembaraan Akif - Lari! Akif, Lari!
Akif adalah seorang kanak-kanak pendiam dan suka berangan tetapi bijak dan kreatif. Akif sering terlibat dalam masalah-masalah yang tidak diduga ke mana sahaja dia pergi. Namun, dengan menggunakan kreativiti Akif bijak mengaplikasi ilmu yang dipelajari di sekolah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Melalui pengalaman-pengalaman ini serta sokongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat yang ditemuinya, Akif juga dapat mempelajari nilai-nilai kehidupan.
Ketika bercuti di Pulau Pinang, Akif telah terdengar perbualan sekumpulan pelumba haram yang sedang menjual beli dadah. Akibatnya Akif telah diburu mereka. Bagi mengelakkan keluarganya juga berada dalam bahaya, Akif tidak berani pulang ke hotel. Akif menggunakan kebijaksanaannya untuk memperdaya penjahat, sekaligus membantu polis melumpuhkan sindiket penjualan dadah dan juga lumba haram.
Daripada pengalaman ini, Akif dapat melihat sendiri akibat ngeri yang disebabkan oleh dadah. Akif juga kini lebih memahami bagaimana sikap mementingkan diri sendiri boleh membawa padah.