Price | RM21.90 |
Product SKU | SMM02 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 25.4 cm x 19 cm x 1 cm |
Availability | 300 |
Quantity |
|
• 19 x 25.4 x 1 cm (0.4 kg)
• 4 warna
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Siri Buku Resepi Mudahnya Memasak - Hidangan Tengah Hari
Abd Manan A. Rahaman atau lebih dikenali sebagai Chef Nan merupakan Penolong Pegawai Penyelidik di Bahagian Kimia dan Teknologi, Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan. Beliau memiliki Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun Terengganu. Beliau juga pernah menjadi juri jemputan serta mengadakan Master Class untuk menunjukkan demo masakan kepada empat peserta terbaik Master Chef Malaysia All Stars 2013.
Beliau juga pernah terlibat sebagai chef undangan dalam program Inspirasi Koko dalam segmen Kreatif Koko sebanyak enam musim. Pernah menjadi tetamu bagi slot Seni Kreatif dalam Program Selamat Pagi Malaysia di RTM1.
Chef Nan juga pernah membuat demonstrasi masakan anjuran Blue Archipelago Company di Setiu Terengganu. Beliau juga membuat demonstrasi untuk Kursus Asas Pembuatan Kek Berasaskan Koko dan Dekorasi di Bangi, Selangor. Selain itu, Chef Nan juga pernah diundang untuk membuat demonstrasi Masakan Timur dan Barat untuk kakitangan bahagian Domestik Institut Penilaian Negara (INSPENS).
‘Mudahnya Masak… Hidangan Tengah Hari’ merupakan kesinambungan daripada buku resepi yang pertama iaitu ‘Mudahnya Masak… Sarapan’. Buku ini juga menyediakan resepi yang mudah, ringkas tetapi sungguh menyelerakan. Setiap resepi menggunakan bahan-bahan, langkah-langkah