Hightlight
20 cm x 20 cm
32 Muka Surat
4 Warna
Kulit Lembut
Bahasa Melayu
Kitar Semula merupakan satu komponen daripada pengurusan bahan buangan moden yang melibatkan 3R; “Recycle, Reduce, Reuse”. Tindakan Kitar Semula termasuklah mengasing, mengumpul dan memproses bahan harian yang telah digunakan, lalu menghasilkan satu produk baru untuk mengelakkan pembaziran bahan yang masih boleh dipakai. Cara mengitar semula bahan-bahan ini adalah berbeza-beza mengikut jenis.
Buku-buku dalam siri ini akan memberi pendedahan kepada anak-anak tentang cara, langkah-langkah dan kebaikan mengitar semula bahan. Disampaikan dalam dwibahasa (Bahasa Melayu dan Inggeris) melalui penceritaan dengan ilustrasi watak-watak yang menarik!
Tajuk-tajuk menarik dalam siri ini adalah:
1. Bateri
2. Puing Batu-Bata
3. Kaca
4. Kayu
5. Kertas
6. Kompos
7. Logam
8. Komputer
9. Plastik
10. Tekstil