Price | RM14.90 |
Product SKU | NRAM10 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 19 cm x 12.5 cm x 1 cm |
Availability | 300 |
Quantity |
|
• 11.4 x 17 x 1 cm (0.2 kg)
• 1 warna
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Sri Melawati Sweet Soccer
“Ala tak usah beranganlah nak tubuhkan fan club. Korang tu perempuan.
Tak sesuai langsung.”
“Ooh… Awak cabar saya, ya? Saya sahut cabaran awak tu!”
Mengisahkan empat sahabat iaitu Riana, Farah, Dheera dan Syaznor yang fanatik dengan bola. Masing-masing sering bercerita tentang bola sepak di dalam kelas, apatah lagi ketika itu World Cup sedang berlangsung. Keghairahan mereka bercakap tentang bola membuatkan rakan sekelas, Zahar tidak senang hati kerana menganggap mereka tidak layak untuk bercakap mengenai topik itu. Akhirnya berlaku perbalahan dan cabar-mencabar antara Zahar dan Dheera.
Zahar telah mencabar Dheera dan rakan-rakannya untuk membuktikan keupayaan mereka dalam pertandingan futsal. Dheera telah menyahut cabaran tersebut walaupun hakikatnya tiada seorang pun di antara mereka tahu bermain bola. Justeru, tertubuhlah Sri Melawati Sweet Soccer dan bermulalah pencarian seorang jurulatih. Pada masa yang sama, kewujudan pasukan tersebut tidak disenangi oleh sekumpulan pelajar perempuan dari kelas lain. Pelbagai konflik yang timbul sehingga mengganggu tumpuan mereka. Siapakah jurulatih itu dan apakah yang berlaku seterusnya? Berjayakah pasukan Sri Melawati Sweet Soccer dalam pertandingan yang diadakan?