PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM10.90
RAHSIA TEROWONG PALEK BANG
Price RM10.90
Product SKU AKAN_DATANG_RAHSIA_TEROWONG_PALEK_BANG
Availability 131
Quantity
Description

SIRI KEMBARA MIA & KIA - RAHSIA TEROWONG PALEK BANG

 

Meskipun lahir dari perut ibu yang sama, namun bagi pasangan kembar Mia dan Kia, mereka memiliki karakter yang berlainan. Mia seorang anak yang manja tetapi agresif, manakala Kia pula lemah-lembut dan ‘cool’. Mia sering terburu-buru dalam membuat keputusan berlainan dengan pasangannya; Kia. Kia lebih matang dan berhati-hati sebelum bertindak. Kombinasi karakter yang berlainan ini menjadikan konflik yang dihadapi dapat diatasi meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai misteri.

 

Rahsia Terowong Palek Bang

 

Berpandukan cahaya malap daripada telefon bimbit Kia, mereka mula melangkah ke dalam lorong tersebut. Setelah berjalan beberapa meter ke hadapan, mereka terdengar sesuatu. Bunyi menderam yang mereka terdengar semalam.

 

“Alamak!” kata Durrah, ketakutan.
“Bunyi tu lagi!”
“Yalah! Apa yang kita nak buat sekarang? Kita patut patah
balik ke?” soal Mia.
“Nanti dulu! Kita selidik dulu dari mana datangnya bunyi
tu,” arah Kia.
Mereka meneruskan perjalanan. Hati masing-masing sudah
berdebar-debar. Apa yang bakal mereka jumpa nanti? Pada waktu yang sama, hidung mereka terhidu bau busuk.

“Ish, bau apa ni?"

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews