PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM10.90
MISTERI S.O.S
Price RM10.90
Product SKU MISTERI_S.O.S
Availability 130
Quantity
Description

Siri Kembara Mia Kia - Misteri S.O.S

 

Meskipun lahir dari perut ibu yang sama, namun bagi pasangan kembar Mia dan Kia, mereka memiliki karakter yang berlainan. Mia seorang anak yang manja tetapi agresif, manakala Kia pula lemah-lembut dan ‘cool’. Mia sering terburu-buru dalam membuat keputusan berlainan dengan pasangannya; Kia. Kia lebih matang dan berhati-hati sebelum bertindak. Kombinasi karakter yang berlainan ini menjadikan konflik yang dihadapi dapat diatasi meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai misteri.

 

Misteri S.O.S

 

“Tut tut tut... Tuuuut tuuuut tuuut... Tut tut tut!”

Kia tersentak apabila dia menyedari apa yang didengarnya. Dia cuba untuk mentafsirkannya sekali lagi untuk mendapatkan kepastian. “S...O...S...” dia mengeja huruf itu satu persatu.

“Itu bunyi isyarat kod Morse!”

Kia termangu sendiri. Benarkah apa yang didengarnya?

“Bunyi cengkerik barangkali...” katanya perlahan.

Pun begitu, hatinya bagai digaru untuk mengetahui lebih lanjut tentang bunyi tersebut.

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews