PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM10.90
SEBELUM MAMA PERGI
Price RM10.90
Product SKU 9789670604138
Availability 69
Quantity
Description

“Bagaimana pula jika seseorang itu tidak bersolat, Ustazah?” Adi memberanikan diri untuk bertanya.
“Sudah tentu orang yang tidak mendirikan solat itu telah meruntuhkan agama. Cuba kamu bayangkan jika kontraktor yang bina rumah yang kamu semua tinggal sekarang, tidak meletakkan tiang. Tentu rumah kamu tidak boleh berdiri tegak. Rumah akan runtuh,” terang Ustazah Rahimah.
..........................................................................................
Adi, seorang anak tunggal yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan ajaran Islam. Sejak kecil lagi, Adi tidak pernah melihat Mama dan Papanya bersolat. Mama seorang mualaf, tidak pernah diajar berkaitan Islam oleh Papa. Semenjak Papa meninggal dunia, Mama hidup dalam tekanan.
Dalam kekeliruan, Adi mendapat khabar yang Mamanya mengalami kemalangan. Adakah Mamanya pula akan meninggalkan Adi? Apakah yang akan berlaku seterusnya?

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews