PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM31.90
ALLAH SAYANG KITA 6
Price RM31.90
Product SKU ALLAH SAYANG KITA 6
Size (L x W x H) 26 cm x 26 cm x 2 cm
Availability Out Of Stock
Description
Highlight

- Sesuai untuk 4-7 tahun

- 48 muka surat

- 4 warna 

- Muka depan kulit keras dan glitter

- Bahasa Melayu

- Glitter

- Akhlak / Moral dan ilustrasi bergambar 

Siri Allah Sayang Kita ini diharap dapat mendidik anak-anak agar sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT kepada kita. Allah SWT menyayangi setiap makhluk ciptaan-Nya. Allah memberi rahmat dan ujian supaya kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur.

Melalui buku ini, anak-anak dapat menimba ilmu sains penciptaan dan kehidupan di laut. Buku ini juga merupakan medium untuk menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak yang terpuji kepada anak-anak dalam menjalani kehidupan seharian mereka, sekali gus membantu para ibu bapa untuk membentuk peribadi Si Cilik berteraskan syariat Islam.

 

Format: Hard Cover
Saiz: 10 x 10 in
ISBN: 978-967-4490-29-4
Jumlah Muka Surat : 48
Warna : 4 warna
Bahasa : Bahasa Melayu
Penulis : B. Irwan 

 

SIRI ALLAH SAYANG KITA - 6

 

Pinpin adalah seekor anak penyu yang telah terpisah daripada keluarganya apabila dia dihanyutkan arus ketika bermain bersama-sama adik-beradiknya di dasar laut. Namun, Pinpin bernasib baik apabila takdir telah menemukan Pinpin dengan Doli, Betty, Kaka, Leman, Bibo dan Cumi; yang juga merupakan hidupan laut yang baik hati. Mereka cuba membantu Pinpin menjalani kehidupan tanpa keluarganya sehinggalah akhirnya mereka menjadi sahabat baik.

Siri Allah Sayang Kita ini diharap dapat mendidik anak-anak agar sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT kepada kita. Allah SWT menyayangi setiap makhluk ciptaan-Nya. Allah memberi nikmat dan ujian supaya kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Ini kerana setiap makhluk ciptaan Allah SWT itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Buku ini cuba menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak-akhlak terpuji seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan banyak lagi; yang boleh diteladani dan menjadi contoh kepada anak-anak dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Melalui buku ini juga, anak-anak akan dapat menimba ilmu sains penciptaan dan kehidupan di laut. Justeru, diharap buku ini dapat membantu ibu bapa untuk membentuk peribadi anak mengikut syariat Islam. Insya-Allah..

 

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews
What's in the box

1 x BUKU ALLAH SAYANG KITA 6