Price | RM10.90 |
Product SKU | SPAK15 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Availability | Out Of Stock |
• 14.8 x 21 x 0.5 cm (0.15 kg)
• 1 warna
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Siri Novel Pengembaraan Akif - Misteri Perompak Pulau
Akif adalah seorang kanak-kanak pendiam dan suka berangan tetapi bijak dan kreatif. Akif sering terlibat dalam masalah-masalah yang tidak diduga ke mana sahaja dia pergi. Namun, dengan menggunakan kreativiti Akif bijak mengaplikasi ilmu yang dipelajari di sekolah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. Melalui pengalaman-pengalaman ini serta sokongan daripada keluarga dan sahabat-sahabat yang ditemuinya, Akif juga dapat mempelajari nilai-nilai kehidupan.
“Serahkan semua wang kamu!” bentak lelaki itu kepada Akif.
“Tidak ada. Saya tidak ada wang, abah bawa semuanya,” Akif menggeleng.
Akif telah jatuh sakit semasa bercuti di Pulau Pangkor. Ini menyebabkan Akif terpaksa tinggal bersendirian di bilik penginapan keluarganya. Pada masa yang sama, kegiatan rompakan sedang berleluasa di kawasan penginapan Akif. Semasa Akif berseorangan di bilik penginapan, Akif telah terserempak dengan perompak. Bagi mengelakkan sebarang masalah, perompak tersebut telah menculik Akif lalu meninggalkannya di pulau berdekatan. Apakah yang terjadi kepada Akif di pulau berkenaan? Dapatkan buku ini untuk mengetahui kesudahannya.