- Sesuai untuk 4-7 tahun
- 48 muka surat
- 4 warna
- Muka depan kulit keras dan glitter
- Bahasa Melayu
- Glitter
- Akhlak / Moral dan ilustrasi bergambar
Format: Hard Cover
Saiz: 10 x 10 in
ISBN: 978-967-4032-19-7
Jumlah Muka Surat : 48
Warna : 4 warna
Bahasa : Bahasa Melayu
Penulis : B. Irwan
SIRI ALLAH SAYANG KITA - 01
Pinpin adalah seekor anak penyu yang telah terpisah daripada keluarganya apabila dia dihanyutkan arus ketika bermain bersama-sama adik-beradiknya di dasar laut. Namun, Pinpin bernasib baik apabila takdir telah menemukan Pinpin dengan Doli, Betty, Kaka, Leman, Bibo dan Cumi; yang juga merupakan haiwan hidupan laut yang baik hati. Mereka cuba membantu Pinpin menjalani kehidupan tanpa keluarganya sehinggalah akhirnya mereka menjadi sahabat baik.
Allah SWT menyayangi setiap makhluk ciptaan-Nya. Allah memberi nikmat dan ujian supaya kita menjadi hamba-Nya yang bersyukur. Siri Allah Sayang Kita ini diharap dapat mendidik anak-anak agar sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan Allah SWT kepada kita. Ini kerana setiap ciptaan Allah SWT itu mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.
Buku ini juga cuba menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak-akhlak terpuji seperti tolong-menolong, hormat-menghormati, sayang-menyayangi dan banyak lagi, yang boleh diteladani dan menjadi contoh kepada anak-anak dalam menjalani kehidupan seharian mereka. Justeru , diharap buku ini dapat membantu ibu bapa untuk membentuk akhlak anak-anak dengan peribadi anak muslim.
Insya-Allah.. Selamat membaca!
1 x BUKU ALLAH SAYANG KITA 1