PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM12.90
ADAM NAK JADI BILAL
Price RM12.90
Product SKU 9789674492205
Availability 44
Quantity
Description

Siri Rasulullah Superheroku - ADAM NAK JADI BILAL

 

Ibu, kenapa kulit Adam hitam?” soal Adam.Ibu Liza tersentak mendengar soalan anak kesayangannya itu.
“Adam, warna kulit dan rupa paras kita semuanya ciptaan dan pemberian daripada Allah. Kita mesti bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita,” nasihat Ibu Liza kepada Adam.
“Tapi… Kawan-kawan Adam ejek Adam Kicap sebab kulit Adam gelap. Adam tak sukalah, ibu!” jawab Adam dengan wajah yang muram.
Ibu Liza merenung wajah Adam dengan sayu.
Memiliki wajah yang gelap membuatkan Adam sering merasa rendah diri, lebih-lebih lagi apabila dia menjadi bahan ejekan kawan-kawannya terutama Bob dan Haris. Adam mula memberontak akan kekurangan yang dimilikinya. Perasaan tidak adil atas takdir daripada Allah telah meracuni fikiran Adam. Namun seorang teman baru hadir menyedarkan Adam akan setiap kelebihan yang Allah berikan tetapi perkara itu tidak disukai oleh Bob dan Haris. Bermacam rancangan cuba mereka lakukan untuk menjatuhkan Adam. 

Apakah yang mereka cuba lakukan?
Mampukah Adam membina keyakinan diri untuk mensyukuri anugerah yang Allah berikan?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews