PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00
RM10.90
GENG PENGAWAS SEKOLAH
Price RM10.90
Product SKU GENG PENGAWAS SEKOLAH
Availability Out Of Stock
Description

Format: Paperback
Saiz: 15.2 x 21.6 cm
ISBN: 978-967-4490-35-5
Jumlah Muka Surat : 80
Warna : 4 warna
Bahasa : Bahasa Melayu
Penulis : Alice Tong

 

 

Siri Nilai Murni Adik Muslim - Geng Pengawas Sekolah

 

Buku ini mengandungi dua buah cerita nilai murni untuk kanak-kanak bagi memupuk rasa tanggungjawab dan kasih sayang di antara satu sama lain.

 

GENG PENGAWAS SEKOLAH

 

mengisahkan tentang dua orang sahabat iaitu Siva dan Hakim. Mereka telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Siva

dan Hakim ditugaskan untuk mengawal keadaan di kantin. Ketika mereka bertugas, terdapat beberapa murid yang melanggar peraturan. Apabila ditegur, murid tersebut akan melawan. Setelah beberapa hari, sesuatu yang

pelik berlaku menyebabkan murid yang melanggar peraturan itu berubah sikap. Siva dan Hakim cuba menyiasat, apa yang berlaku kepada murid-murid tersebut. Berjayakah Siva dan Hakim menyelesaikan kes itu?

 

BERUSAHA, MARLIA!  

 

mengisahkan tentang seorang kanak-kanak perempuan bernama Marlia yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris. Marlia telah menawarkan dirinya untuk mewakili

kelas dalam pertandingan bercerita Bahasa Inggeris. Namun, Puan Asma, guru Bahasa Inggeris

di kelas Marlia berasa kurang yakin dengan kebolehan Marlia. Dia telah meminta Michelle

untuk menyertai pertandingan bercerita itu juga. Ketika hari pertandingan, Marlia telah menangis. Apa yang berlaku sehinggakan

Marlia menangis?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews