RM19.90
HERBA DAN ULAM
Price RM19.90
Product SKU HERBA DAN ULAM
Availability In Stock
Quantity
Description

Chef Shamsul Anuar atau lebih dikenali sebagai Chef Arm merupakan chef selebriti yang tidak asing lagi. Beliau merupakan pengacara rancangan TV yang berjudul Kembara Masakan Opotobo Sedapnya bagi musim pertama hingga musim ketiga yang telah ditayangkan di saluran RTM 2 dan saluran TVi (Astro 180). Rancangan ini merupakan Rancangan Dokumentari Masakan yang ratingnya paling tinggi dan telah dicalonkan dalam Anugerah Seri Angkasa sebagai Rancangan Dokumentari Terbaik.
Chef Arm juga telah menerima pengiktirafan dan penghargaan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (Anugerah Chef Menu Sihat Terbaik), Radio Television Malaysia - RTM (Anugerah Sifu Dapur Terbaik), Ajinomoto Malaysia (Anugerah Chef Kreatif), Kementerian Pertanian Dan Asas Tani Malaysia (Anugerah Chef Kreatif Tani Muda & Moden), Majalah Aroma – Suri Media Sdn. Bhd. (Anugerah Jasamu Dikenang), Nestle Malaysia (Top 5 Chef Kreatif Terbaik).
Sepanjang penglibatan beliau dalam arena ini, Chef Arm sudah menghasilkan lapan buah judul buku resipi yang dipasarkan di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Selain itu, beliau juga mempunyai hampir 30 buah video masakan yang ditayangkan di saluran Hypptv (Unifi) terbitan Geoflex Sdn. Bhd.
Buku Sajian Herba dan Ulam hasil air tangan Chef Arm ini memaparkan resepi-resepi yang sihat, mudah dan sedap. Bagi individu yang menggemari makanan berasaskan herba dan ulaman, inilah masanya anda boleh mempelbagaikan hidangan dengan mencuba resepi-resepi yang dijamin pasti jadi. Buku ini juga sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak dalam dunia masakan. Apatah lagi, setiap resepi menggunakan kaedah atau cara-cara yang mudah difahami juga diikuti.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews