Price | RM10.90 |
Product SKU | SKMK06 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 17 cm x 11.4 cm x 1 cm |
Availability | Out Of Stock |
• 11.4 x 16.5 x 1 cm (0.11 kg)
• 1 warna
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Siri Novel Kembara Mia Dan Kia - Misteri LOT 21/3-76
Meskipun lahir dari perut ibu yang sama, namun bagi pasangan kembar Mia dan Kia, mereka memiliki karakter yang berlainan. Mia seorang anak yang manja tetapi agresif, manakala Kia pula lemah-lembut dan 'cool'. Mia sering terburu-buru dalam membuat keputusan berlainan dengan pasangannya; Kia. Kia lebih matang dan berhati-hati sebelum bertindak. Kombinasi karakter yang berlainan ini menjadikan konflik yang dihadapi dapat diatasi meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai misteri.
Selepas itu, Mia dan Kia pantas menunggang basikal untuk pulang ke rumah Pak Long. Beberapa meter sebelum sampai di rumah itu, mereka berhenti lalu turun dari basikal masing- masing. Perlahan-lahan, mereka berjalan kaki memasuki kawasan rumah itu.
“Harap-harap naluri Kia tu betul,” bisik Mia.
“Kalau tak buat penat kita ke sini.” Baru sahaja Kia hendak membalas, langkahnya terhenti.
Mia terus menoleh ke arah kembarnya. Kia hanya membisu sambil memberikan isyarat supaya Mia melihat ke arah rumah itu.Mia akur dan kini ternganga. Kelihatan kelibat seseorang sedang mundar-mandir tidak jauh dari dapur!
“Eh, siapa tu?” soal Mia.