PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM16.00
Nota Untuk Anakku
Price RM16.00
Product SKU 978-967-202-816-1
Brand PUSTAKA CAHAYA KASTURI
Availability 30
Quantity
Description

Buku ini memaparkan nasihat yang sebenar dan penuh dengan hikmah daripada Dr Zulkifli al Bakri kepada anaknya yang bernama Muhammad Hasanain.

Buku ini bukan hanya mengisahkan nasihat yang biasa tetapi ia merupakan nasihat yang luar biasa. Yang memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang membacanya.

Buku Nota Untuk Anakku Edisi Kemaskini BERSERTA TANDA TANGAN PENULIS!

Buku ini memaparkan nasihat yang sebenar dan penuh dengan hikmah daripada Dr Zulkifli al Bakri kepada anaknya yang bernama Muhammad Hasanain.

Buku ini bukan hanya mengisahkan nasihat yang biasa tetapi ia merupakan nasihat yang luar biasa. Yang memberi kesan yang mendalam kepada sesiapa yang membacanya.

Antara kisah suri tauladan yang ada dalam buku ini.

Pemilik buku Tabaqat al-Hanabilah dalam biografi Abdul Ghani al-Maqdisi, seorang pakar hadis yang agung dan terkenal dengan bukunya yang bertajuk al-Kamal fi Asma’i
al-Rijal, iaitu buku tentang para periwayat hadis yang belum pernah ditulis seperti itu,

Mengatakan bahawa al-Maqdisi
pernah dipenjarakan bersama dengan orang-orang kafir. Pada suatu malam, Abdul Ghani al-Maqdisi bangkit dari tidur, lalu mengambil wuduk untuk melaksanakan solat dua rakaat. Apabila wuduknya sudah kering, maka dia berwuduk lagi, lalu dia sembahyang dua rakaat, membaca al-Quran dan menangis sehingga fajar menyingsing.

Sementara itu, orang-orang kafir tersebut menyaksikan pemandangan yang sangat menakjubkan ini. Tatkala di pagi harinya, para tahanan itu pergi mendatangi pengawal
penjara lalu berkata: “Lepaskanlah kami kerana kami sudah beriman kepada Allah SWT.” Pengawal penjara itu bertanya:

“Mengapa?” Mereka mengatakan: “Suatu malam berlalu dengan sebuah peristiwa, kami tidak pernah menyaksikan peristiwa seperti itu selama ini, bahkan kami beranggapan
hari kiamat bakal tiba, tatkala kami melihat apa yang berlaku, tiba-tiba kami melihat lelaki ini sedang solat dan menangis.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews