PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM12.90
ANDAI KUTAHU
Price RM12.90
Product SKU NRAM04
Brand ANA MUSLIM BOOKS
Size (L x W x H) 17 cm x 11.4 cm x 1 cm
Availability 31
Quantity
Description

alt

 

SIRI NOVEL REMAJA ANA MUSLIM - ANDAI KUTAHU

 

“Mamta, Dania.... Sebenarnya...” nampaknya Lela juga tidak sanggup untuk memberitahu apa yang telah berlaku.

 

“Sebenarnya, ayah Dania kemalangan,” sambung Encik Ramesh sambil tertunduk memandang lantai.

 

“Apa, ayah kemalangan?” tanya Dania lalu segera berdiri bagaikan tidak percaya dengan apa yang didengarinya.

 

“Ya, ayah kamu kemalangan. Uncle yang bawa ibu dan adik-adik kamu ke sini,” kata Encik Ramesh.

 

“Macam mana... Macam mana ayah boleh kemalangan?” tanya Dania dengan suara bergetar menahan tangis.

 

“Dania, maafkan uncle. Uncle tidak sengaja...”

 

“Apa? Uncle yang langgar ayah?” suara Dania berubah keras. Wajah Encik Ramesh ditatapnya tajam. Persahabatan Dania dan Mamta diibaratkan seperti aur dan tebing. Saling membantu dan saling menyayangi. Namun segalanya berubah apabila berlaku kemalangan yang menyebabkan kematian ayah Dania. Papa Mamta pula dilabel sebagai pembunuh oleh Dania. Pada suatu ketika, Dania dan keluarganya pula terpaksa berpindah meninggalkan Mamta dan teman - teman tanpa sebarang pesan.

 

Dapatkah Dania memaafkan Mamta? Berakhirkah hubungan persahabatan mereka? Semuanya akan terjawab dalam ‘Andai Kutahu’.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews