PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM13.90
AKU JATUH CINTA LAGI
Price RM13.90
Product SKU NRAM07
Brand ANA MUSLIM BOOKS
Size (L x W x H) 17 cm x 11.4 cm x 1 cm
Availability 37
Quantity
Description

alt

 

SIRI NOVEL REMAJA ANA MUSLIM - AKU JATUH CINTA LAGI

 

“Oh, ini rancangan jahat korang semua ya? Sampai hati awak mempermainkan perasaan saya, Damia. Memang perempuan seperti kamu semua tidak boleh dipercayai!” tengking Hasan.

 

“Kalau kamu semua anggap saya ada perasaan terhadap Uswatun Hasanah, itu semua salah. Sebesar kuman pun saya tidak ada hati pada dia!”

 

Hasan al Basri seorang pelajar Tingkatan Enam nekad menjauhi mana-mana perempuan sehingga menubuhkan Kelab Antiwomen. Baginya perempuan umpama panah beracun yang bisa menghancurkannya. Justeru, Hasan yang mengetuai Kelab Anti- women memegang moto ‘No U No M’ semata-mata ingin memastikan cita-citanya untuk menjejak kaki ke menara gading menjadi realiti. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu mana-mana perempuan mendekatinya.

 

Dalam masa yang sama, Hasan sering menimbulkan masalah dengan teman sekelas, Uswatun Hasanah sehingga menimbulkan persoalan di kalangan teman-teman mereka. Mengapakah Hasan bersikap sedemikian rupa? Apakah makna di sebalik ‘No U No M’? Adakah hubungan dingin di antara Hasan dan Uswatun Hasanah kembali jernih dan berjayakah Hasan mencapai cita-citanya?

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews