PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM100.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
RM19.90
SIRI MUDAHNYA MASAK - SARAPAN
Price RM19.90
Product SKU SMM01
Brand ANA MUSLIM BOOKS
Size (L x W x H) 25.4 cm x 19 cm x 1 cm
Availability Out Of Stock
Description

alt

 

SIRI MUDAHNYA MASAK - SARAPAN bersama Chef Nan

 

Abd Manan A. Rahaman atau lebih dikenali sebagai Chef Nan merupakan Penolong Pegawai Penyelidik di Bahagian Kimia dan Teknologi, Pusat Inovasi dan Teknologi Koko, Nilai, Negeri Sembilan.

 

Beliau memiliki Diploma Seni Kulinari, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dungun Terengganu. Beliau juga pernah terlibat sebagai chef undangan dalam program Inspirasi Koko dalam segmen Kreatif Koko sebanyak enam musim. Pernah menjadi tetamu bagi slot Seni Kreatif dalam Program Selamat Pagi Malaysia di RTM1.

 

Chef Nan juga pernah membuat demonstrasi masakan anjuran Blue Archipelago Company di Setiu Terengganu. Beliau juga membuat demonstrasi untuk Kursus Asas Pembuatan Kek Berasaskan Koko dan Dekorasi di Bangi, Selangor. Selain itu, Chef Nan juga pernah diundang untuk membuat demonstrasi Masakan Timur dan Barat untuk kakitangan bahagian Domestik Institut Penilaian Negara (INSPENS).

 

Kini Chef Nan buat julung kalinya menghasilkan ‘Mudahnya Masak... Sarapan’ sebuah buku resepi sarapan yang mudah, ringkas dan yang paling penting rasa yang enak. Buku ini sebagai inspirasi kepada pembaca untuk mencuba variasi hidangan sarapan sesuai untuk seisi keluarga.

 

Buku ini juga amat sesuai untuk mereka yang baru belajar memasak. Setiap resepi menggunakan bahan-bahan, langkah-langkah atau cara-cara yang mudah untuk difahami dan diikuti.

Reviews (0)
view all
back
0
0 reviews