Price | RM12.90 |
Product SKU | SRS04 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 19 cm x 12.7 cm x 1 cm |
Availability | Out Of Stock |
• 12.7 x 19.05 x 1.0 cm (0.02 kg)
• 1 warna
• 144 muka surat
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Siri Rasulullah Superheroku - Adam Nak Jadi Bilal
"Ibu, kenapa kulit Adam hitam?" soal Adam.Ibu Liza tersentak mendengar soalan anak kesayangannya itu. "Adam, warna kulit dan rupa paras kita semuanya ciptaan dan pemberian daripada Allah. Kita mesti bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan kepada kita," nasihat Ibu Liza kepada Adam.
"Tapi Kawan-kawan Adam ejek Adam Kicap sebab kulit Adam gelap. Adam tak sukalah, ibu!" jawab Adam dengan wajah yang muram. Ibu Liza merenung wajah Adam dengan sayu.
Memiliki wajah yang gelap membuatkan Adam sering merasa rendah diri, lebih-lebih lagi apabila dia menjadi bahan ejekan kawan-kawannya terutama Bob dan Haris. Adam mula memberontak akan kekurangan yang dimilikinya. Perasaan tidak adil atas takdir daripada Allah telah meracuni fikiran Adam. Namun seorang teman baru hadir menyedarkan Adam akan setiap kelebihan yang Allah berikan tetapi perkara itu tidak disukai oleh Bob dan Haris. Bermacam rancangan cuba mereka lakukan untuk menjatuhkan Adam.
Apakah yang mereka cuba lakukan?
Mampukah Adam membina keyakinan diri untuk mensyukuri anugerah yang Allah berikan?