"Barangsiapa melaksanakan haji semata-mata kerana Allah, lalu dia tidak menuturkan (perkataan) keji dan tidak melakukan fasiq (keluar dari ketaatan), dia akan kembali kepada keadaannya seperti baru dilahirkan oleh ibunya (bersih daripada dosa)."
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Ibadah haji merupakan rukun islam yang kelima. Ibadah haji adalah ibadah yang wajib dilaksanakan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup oleh orang islam sekiranya mampu. Allah telah menjanjikan banyak keistimewaan dan kelebihan bagi orang mengerjakan ibadah haji dan umrah. Antaranya, ganjaran pahala yang besar dan keampunan dosa!
Ramai di antara ibu bapa yang sudah pun cakna tentang perkara ini. Tidak kurang juga yang memasang niat untuk ke pergi ke Tanah Suci Mekah dengan membuka akaun Tabung Haji. Ini sememangnya merupakan salah satu langkah yang bijak. Namun, sejauh mana di antara kita yang telah bersiap sedia untuk menjadi tetamu Allah?
Ada yang berpendapat, ibadah haji merupakan ibadah yang agak kompleks untuk dikuasai. Gambaran tentang tatacara, hukum, dan kaedah perlaksanaan haji dirasakan amat sukar untuk difahami oleh semua orang terutamanya kanak-kanak. Tapi, semuanya bukan mustahil tau!
Bagi memenuhi tuntutan dan keperluan itu, Ana Muslim kini menghasilkan Eksplorasi Jom Haji, Papan Permainan Islamik buat seisi keluarga! Rasai pengalaman sebenar melaksanakan ibadah umrah dan haji dengan papan permainan didik hibur dari rumah anda! Kesemua info tentang ibadah umrah dan haji seperti tatacara, hukum, dan contoh situasi sebenar turut dimuatkan di dalam papan permainan islamik ini tau. Kini, memahami ibadah haji dan umrah bukan lagi satu perkara yang mustahil. Bukan sahaja anak-anak, malah seisi keluarga juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang ibadah haji dan umrah secara bersama-sama! Semudah 1,2,3! Alhamdulillah...
Haa... Apa tunggu lagi! Jom, klik link di bawah bagi mendapatkan info lanjut!
Akhir kata, jom kita pasang azam untuk menunaikan ibadah umrah dan haji! Ayuh hayati sabda Rasulullah SAW ini. Rasulullah SAW bersabda, “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya.” ( Surah al-Imran : 97)