PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM30.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
Eksplorasi Jom Solat

 

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah solat, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuklah perkara-perkara yang penting. 

(Surah Luqman : 17)

 

          Solat merupakan ibadah utama yang menjadi tunjang kepada keimanan seorang Muslim. Menjadi satu nikmat terbesar bagi seorang Muslim apabila diizinkan Allah untuk bersolat. Seseorang individu itu dianggap sudah berjaya dan mencapai tahap kecemerlangan apabila berjaya menyempurnakan solatnya. 

          Namun, cabaran bagi ibu bapa moden zaman teknologi ini, bukanlan mudah. Tugas bagi mendidik generasi muda kini dilihat penuh dengan ancaman yang datang dari pelbagai sudut.  Ketagihan penggunaan gajet, media sosial dan hiburan yang keterlauan telah pun menjadi wabak dalam diri anak-anak masa kini. Cita-cita bagi melahirkan lebih ramai generasi muda yang menunaikan ibadah solat seperti Muhammad al-Fatih dilihat semakin jauh. Walau bagaimanapun, segalanya bukan mustahil! 

          Melalui pendidikan solat yang efektif dan berkesan sebenarnya mampu memberi impak positif terhadap si cilik anda dari sudut spiritual ataupun kerohanian. Aspek inilah yang menjadi elemen terpenting dalam membentuk sikap dan pemikiran anak-anak bagi  mentauhidkan Allah, membina jati diri dan akhlak serta menguatkan mental dan rohani mereka. 

          Bagi mencapai matlamat itu, Ana Muslim telah menghasilkan Eksplorasi Jom Solat, Papan Permainan Islamik Abad ke-21 yang amat sesuai bagi menanamkan rasa cinta anak-anak terhadap ibadah solat. 

          Eksplorasi Jom Solat ini bersifat didik hibur yang amat sesuai bagi seisi keluarga khususnya anak-anak! Papan permainan ini juga boleh dianggap sebagai ‘starter kit’ terhadap pengenalan ibadah solat. Kesemua persoalan tentang tatacara ibadah solat,  wuduk, waktu solat, dan banyak lagi turut dimuatkan di dalam papan permainan ini. Tidak cukup dengan itu, papan permainan islamik ini juga menggunakan aplikasi QR code. Teknik ini sekaligus, membuktikan bahawa produk keluaran Ana Muslim ini sejajar dengan teknologi masa kini dan mampu bersaing dengan kehebatan gajet anak-anak anda! Pastinya, pembelajaran abad ke-21 ini lebih mudah dan menyeronokkan! Memetik kata-kata Sayidina Umar al-Khattab, ‘Didiklah anak-anak kalian seiring dengan zamannya.’ Nak tahu lebih lanjut tentang Eksplorasi Jom Solat ini? Jom klik pada gambar di bawah! 

          Marilah kita bersama-sama, menghayati dan mengamalkan hadis Nabi Muhammad SAW ini. Nabi Muhammad SAW bersabda, “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk melaksanakan solat apabila sudah mencapai umur tujuh tahun. Apabila sudah mencapai umur sepuluh tahun maka pukullah dia apabila tidak melaksanakannya serta pisahkanlah tempat tidur mereka." (Hadis Riwayat Abu Daud) 

          Semoga kita dan ahli keluarga termasuk dalam kalangan hamba yang menunaikan ibadah solat.