
Obesiti kini bukan lagi sesuatu perkara yang janggal diperkatakan di Malaysia. Bukan orang dewasa saja yang mengalami masalah obesiti ini, malah kanak-kanak juga semakin ramai yang menghidapi penyakit ini. Kecenderungan kepada masalah kesihatan seperti penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, strok dan beberapa jenis penyakit kanser merupakan antara kesan obesiti yang akan berlaku pada anak-anak jika masalah tersebut tidak dibendung. Hmm... Para mommies mesti risau kan jika ada anak yang mengalami masalah obese? Mana tidaknya, nak buat aktiviti fizikal pun terbantut dan tak aktif macam kanak-kanak lain. So, Jom mommies! kita rungkai solusi yang tepat untuk melawan masalah obesiti anak-anak!
1. Mommy kena belajar ilmu nutrisi
Selalunya cara pemakanan anak-anak sebenarnya berpunca daripada didikan ibu bapa itu sendiri. Apa yang ibu bapa makan itulah yang anak-anak akan terikut makan sekali. Haa jadi langkah pertama ialah bermula dengan tindakan mommy sendiri untuk mengetahui dahulu serba sedikit ilmu pemakanan yang betul. Cari tahu apakah makanan yang terbaik untuk diambil dan diberikan kepada anak-anak. Misalnya mengehadkan pemakanan yang tinggi karbohidrat dan gula serta memperbanyakkan sumber protein, sayuran hijau dan lemak baik ke dalam menu harian anak-anak. Cari resepi –resepi sihat dan pelbagaikan dalam masakan serta menu anak-anak.
2. Kawal waktu makan anak-anak
Kawal waktu makan anak-anak dengan mengehadkan waktu makan mereka. kalau sebelum ini anak-anak terbiasa makan 6-7 kali sehari kurangkan kepada 5-4 dan seterusnya. Pastikan setiap waktu makan adalah bersesuaian. Misalnya sarapan pagi, waktu rehat di sekolah, makan tengah hari, snek sihat pada waktu petang dan makan malam selewatnya-lewatnya pukul 8 malam. Setiap waktu makan pula perlulah dilengkapi dengan menu yang sihat dan rendah nilai kalorinya.
3. Kawal pengambilan snek!
Mommy juga kena kawal pengambilan snek anak-anak seperti jajan, gula-gula dan makanan-makanan ringan yang lain. Beritahu anak tentang keburukan pengambilan makanan ringan yang berlebihan. Misalnya “Nina, jajan tu banyak bahan perisa tau nanti boleh rosakkan organ dalam badan kita,” atau “Air bikarbonat tu banyak pewarna dan tinggi gula kalau Aiman selalu minum nanti boleh dapat penyakit buah pinggang dan kencing manis! Sebagai alternatifnya mommy perlulah menggantikan snek yang sihat seperti kekacang dan buah-buahan segar kepada anak-anak. Mommy juga boleh cuba sediakan bekal makanan yang sihat untuk anak-anak ke sekolah. Pesan juga pada anak-anak untuk tidak membeli makanan ringan di luar atau di sekolah.
4. Galakkan Aktiviti Fizikal
Galakkan aktiviti fizikal kepada anak-anak seperti melakukan kerja-kerja rumah, bersenam dan berolah raga. Misalnya mommy boleh meminta anak-anak untuk mengemas rumah seperti menyapu sampah mengelap tingkap, membasuh pakaian dan mencuci pinggan. Lalukan juga aktiviti senaman seperti mengajak anak bermain badminton di kawasan rumah bersama. Galakkan anak-anak untuk banyak bergerak dengan aktiviti fizikal supaya mereka kekal cergas dan aktif.
5. Berikan sokongan moral
Berikan sokongan untuk anak-anak turunkan berat badan mereka. Galakkan mereka untuk berpuasa sunat sekiranya mmapu. Sesungguhnya sangat banyak kelebihan berpuasa! Antaranya bagi mengelakkan makan secara berlebihan. Mommy pun kenalah puasa sekali supaya anak tidak merasa terbeban berpuasa seorang diri. Selain itu, berikanlah kata-kata semangat seperti “Mama yakin Alif boleh buat jangan give up!” “Sikit lagi nak kuruss Anis jangan mengalah okay! Atau
“Alahai mesti cantik anak mama kalau kurus nanti.” Berikan juga ganjaran kepada anak apabila mereka berjaya mencapai berat ideal “Nanti kalau dah turun berat mama nak hadiahkan baju yang cantik-cantik pada Mia”. Dengan ganjaran seperti ini dapat membuatkan anak merasa lebih bersemangat untuk menurunkan berat badan mereka.
Haa satu lagi cara... Ibu bapa juga boleh naikkan lagi semangat anak-anak dalam menurunkan berat badan melalui bahan bacaan. Haa macam buku “Aiman nak jadi Abu Hurairah”. Buku ni sangatlah menarik kerana mengisahkan si Aiman yang berbadan gempal berusaha untuk mengawal pemakanan dan hidup lebih sihat. Aiman yang sukar untuk fokus dan asyik lupa nekad untuk kurus dan menjadi seperti Abu Hurairah yang banyak menghafal hadis! Anak–anak bolehlah mengikuti kisah Aiman dalam perjalanan menurunkan berat badannya sekaligus dapat memberi motivasi juga kepada mereka. Sangat menarik!
Jadi bagi ibu bapa yang ingin anak mereka terhindar dari obesiti dan hidup lebih sihat boleh dapatkan buku ini di pautan berikut :
Akhir kata, obesiti dalam kalangan kanak-kanak haruslah dibendung dari awal agar mereka dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat in shaa Allah. Moga entry kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak tips untuk ibu bapa menyelasaikan masalah obesiti anak-anak. Sekian, terima kasih!