PENGHANTARAN PERCUMA UNTUK PEMBELIAN MELEBIHIRM30.00(SEMENANJUNG MALAYSIA)
5 Tips Mengajar Anak-Anak Bersyukur!

1. Ajari Anak-Anak Untuk Merasa Cukup

Ibu bapa perlu ajarkan anak-anak untuk merasa cukup dengan apa yang ada. Berikan keperluan harian yang secukupnya dan tidak berlebih-lebihan. Dengan mengajar mereka erti kecukupan, maka mudah untuk anak-anak merasa syukur dan mengucapkan Alhamdulillah dengan kecukupan tersebut. Katakan pada anak-anak .

“Lepas bangun tidur, jangan lupa baca doa dan ucap Alhamdulillah ye Aisyah...”

“Kalau dapat sesuatu yang baik kena ucap Alhamdulillah tau Aiman...”

Ibu bapa perlu membiasakan anak-anak untuk menyebut kalimah tahmid sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat dan kecukupan. Sesungguhnya orang yang sentiasa merasa selalu cukup atau qanaah atas apa yang dimilikinya, sebenarnya termasuk orang-orang yang bersyukur atas nikmat Allah, sedangkan orang yang selalu merasa kurang dengan apa yang dimilikinya adalah termasuk dalam golongan orang yang kufur terhadap nikmat Allah.

Rasulullah SAW bersabda : “Jadilah orang yang wara’, maka engkau akan menjadi hamba yang paling berbakti. Jadilah orang yang qana’ah, maka engkau akan menjadi hamba yang paling bersyukur.” (HR. Ibnu Majah)

2. Galakkan anak-anak berdzikir memuji Allah SWT

Salah satu cara mensyukuri nikmat Allah juga dapat dilakukan dengan berzikir, sebagaimana yang diajarkan oleh Rasulullah. Oleh itu ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak mereka untuk berzikir. Ibu bapa juga boleh mempraktikkan Al Mathurat iaitu zikir yang disarankan oleh Rasulullah Saw dalam kehidupan seharian pagi dan petang. Hadiahkan buku Al Mathurat kepada mereka agar dapat memberikan semangat kepada mereka untuk terus berzikir dan bersyukur kepada Allah SWT.

3. Galakkan anak-anak bersedekah

Ajarkan juga anak-anak untuk sentiasa bersedekah. Bersedekah itu bermaksud kita telah mengingati nikmat yang telah Allah berikan. Bersedekah tidak akan mengurangi sedikitpun nikmat yang Allah berikan, justeru keutamaan bersedekah adalah Allah akan melipatgandakan nikmat mereka yang senantiasa bersedekah dijalan-Nya. Ceritakan kisah-kisah dari kelebihan bersedah kepada anak-anak. Ibu bapa juga boleh ajarkan sikap ini semasa berada di masjid.

Misalnya, mintakan anak-anak memasukkan wang ke dalam tabung masjid supaya mereka mengenali cara bersedekah di masjid. Jika mereka dididik sebegini, maka in shaa Allah, dengan sendiri mereka akan senang untuk bersedekah apabila ke masjid.

4. Mengajak anak-anak untuk Rajin beribadah

Rasa bersyukur dapat dilakukan dalam bentuk ibadah juga. Misalnya ibu bapa perlu sentiasa tegas menyuruh anak-anak melakukan amalan wajib seperti solat 5 waktu dan berpuasa di bulan Ramadhan. Selain amalan wajib, Ibu bapa perlu mengajak anak-anak untuk menambah rasa syukur melalui ibadah sunat seperti solat Dhuha dan berpuasa pada setiap hari isnin dan khamis.

5. Mengajak anak-anak merenungi nikmat Allah

Untuk menjadi hamba yang selalu bersyukur, kita haruslah sentiasa menyedari, mengingati dan merenung nikmat yang telah Allah berikan. Dengan merenungi nikmat-Nya kita akan sentiasa terhindar daripada sifat kufur nikmat. Ibu bapa perlulah memberikan pendedahan kepada anak- anak tentang segala nikmat yang telah dikurniakan. Misalnya melalui bahan bacaan. Sebagai contoh, Ibu bapa boleh membelikan bahan bacaan yang sesuai untuk bacaan anak-anak agar mereka mengetahui nikmat yang dikurniakan Allah, seterusnya belajar mensyukuri nikmat tersebut. Misalnya, buku yang dapat mengajar anak-anak untuk bersyukur ialah siri buku “Terima Kasih Allah” terbitan Ana Muslim Sdn. Bhn. Buku ini banyak mengajar anak-anak akan nikmat yang Allah berikan. Apabila anak-anak menyedari nikmat tersebut maka mudahlah mereka untuk berasa syukur.

 

Buku “Terima Kasih Allah” terbitan Ana Muslim misalnya dapat mengajarkan anak-anak cara untuk mensyukuri nikmat tubuh anggota badan dan deria yang dikurniakan oleh Allah SWT. Anak-anak akan lebih menghargai nikmat melihat, mendengar dan sebagainya.

Siri ini juga mampu memberi pendedahan awal sains kepada kanak-kanak tentang sains penciptaan dan kejadian. Siri Terima Kasih Allah ini akan menunjukkan secara sederhana dan ringkas beberapa ciptaan yang Allah kurniakan kepada kita dalam bentuk cerita dan ilustrasi yang menarik agar mudah difahami. Selain menyediakan bahan untuk menggalakkan kanak-kanak berusia 7-10 tahun membaca, buku ini diharapkan dapat membiasakan kanak- kanak untuk mensyukuri rahmat Allah di samping merangsang perkembangan kognitif dan kepekaan deria mereka serta memberi pengajaran tentang kejadian yang berlaku.

Berikut merupakan buku “Terima Kasih Allah” siri 1-5 yang setiap satunya berharga RM 30.00 sahaja :


Akhir kata, bersyukur merupakan suatu akhlak terpuji dalam Islam, dan sebagai hamba-Nya yang taat kita wajib untuk sentiasa bersyukur atas segala nikmat yang telah diberikan, tidak kira nikmat pemberian itu adalah besar atau kecil, kita harus tetap bersyukur. Sesungguhnya, Allah amat mencintai orang-orang sentiasa bersyukur kepada-Nya.

Sekian, semoga bermanfaat! ^^