Price | RM8.90 |
Product SKU | MOT12 |
Brand | ANA MUSLIM BOOKS |
Size (L x W x H) | 18 cm x 12.7 cm x 1 cm |
Availability | 299 |
Quantity |
|
• 12.7 x 18 x 1 cm (0.1 kg)
• 1 warna
• Kulit lembut
• Bahasa Malaysia
INFO / SINOPSIS
Siri Novel Motivasi - Amni Cuma Nak A
Siri Novel Motivasi membawa pembaca menyelami kisah suka duka kehidupan kanak-kanak yang berhadapan dengan konflik dalam diri seperti rasa rendah diri, malu, sedih, kecewa dan pelbagai gangguan emosi. Menerusi cerita yang disampaikan, pembaca diharap dapat menjadikannya sebagai pencetus semangat dan dorongan untuk terus berusaha dan tidak berputus asa. Mesej yang diketengahkan dalam siri ini juga diharap dapat memberi motivasi untuk melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
Amni berasa kecewa apabila dia diturunkan kelas akibat daripada kegagalannya dalam mata pelajaran Matematik pada peperiksaan akhir tahun lalu. Dia berputus asa apabila terpaksa berjauhan dengan rakan baiknya, Ramlah. Impiannya hanya ingin mengecapi kejayaan UPSR bersama rakan-rakannya di kelas lama. Namun, berada di kelas baharu membuatkan Amni lebih bersemangat untuk terus memperbaiki kesilapan lamanya. Dia memasang impian untuk membahagiakan ayah dan ibunya dengan keputusan yang cemerlang dalam UPSR. Siapakah yang membantu Amni untuk bangun daripada kejatuhannya? Mampukah Amni untuk mencapai impiannya? Semuanya terjawab dalam Amni Cuma Nak A.